Pengenalan Reskilling and Upskilling Centre (RUC)
Pusat Reskilling dan Upskilling (RUC) di POLYCC merupakan sebuah inisiatif inovatif yang dirancang untuk memenuhi keperluan pembelajaran dan peningkatan kemahiran bagi golongan pekerja dewasa. Pusat ini bertujuan untuk menjalankan aktiviti yang berfokuskan industri melalui kolaborasi strategik dalam pelbagai bidang, selaras dengan keperluan yang digariskan dalam New Industrial Master Plan (NIMP) 2030, National Energy Transition Roadmap (NETR), Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) sekaligus menyokong gagasan kerangka Ekonomi MADANI.
Konsep utama RUC adalah untuk menyediakan platform pembelajaran yang membolehkan “working adults” meningkatkan kompetensi mereka, yang meliputi keahlian, pengetahuan, dan kebolehan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas atau pekerjaan dengan lebih efektif. Ini sejajar dengan matlamat untuk mencapai gaji progresif, di mana peningkatan kemahiran akan membawa kepada peningkatan produktiviti dan seterusnya kenaikan gaji yang bersesuaian.
Seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI, RUC bertekad menjadi pemangkin dalam transformasi tenaga kerja negara. Penawaran program-programnya yang responsif terhadap keperluan NIMP 2030, NETR serta keperluan semasa, RUC juga fokus pada pengembangan keterampilan masa depan yang relevan dengan keperluan industri 4.0, seperti kecerdasan buatan (AI) dan automasi. Melalui upaya Reskilling dan Upskilling yang berterusan, RUC berupaya menghasilkan bakat yang tidak hanya kompeten secara teknikal, tetapi juga memiliki soft skills yang diperlukan untuk beradaptasi dengan perubahan yang cepat dan kompleks kini.
Sila klik untuk panduan penuh Reskilling and Upskilling Centre (RUC) Edisi 2024.