Welcome to POLYCC - TVET For All

Selamat Datang ke Portal Rasmi POLYCC

Perutusan Ketua Pengarah

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) diwujudkan untuk menyokong Kementerian Pendidikan Tinggi dalam menyempurnakan tanggungjawab menjana tenaga kerja mahir. Tanggungjawab ini telah dipenuhi sejak tahun 1969 dengan tertubuhnya politeknik pertamanya di Ipoh. Kini, dengan 36 buah politeknik di seluruh negara, lebih 676,272  orang telah melalui pengajian dalam pelbagai program bidang kejuruteraan, teknologi, perdagangan dan perkhidmatan yang memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat.

   Dalam tempoh 54 tahun ini, politeknik telah menelusuri fasa transformasi sejajar dengan revolusi perubahan semasa. Tanggungjawab yang digalas politeknik telah diurus dengan perancangan dan pelaksanaan yang mengambil kira keperluan semua pihak terutamanya pihak industri. Sementara politeknik boleh berbangga dengan pencapaiannya, kini cabaran era ekonomi global menuntut semua pihak yang terlibat untuk melakukan perubahan supaya modal insan berdaya maju dapat dijanakan dalam segala inisiatifnya. Inisiatif ini perlu diurus dengan strategik agar ianya mempunyai gerakan sinergi yang mampu menerobos perangkap minda dan fizikal yang menjadi halangan kepada kemajuan politeknik selama ini.

  Saya yakin dengan ketrampilan diri, model minda, hala tuju yang dikongsi bersama, pembelajaran berpasukan dan pemikiran bersistem; kesemuanya ciri penting dalam learning organisation, politeknik mampu melakukan transformasi demi mendepani cabaran yang lebih getir dan hebat. Usaha ini menuntut komitmen semua pihak, baik warga di institusi mahupun di Jabatan. Justeru, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam usaha yang telah direncanakan untuk mengangkat prestasi politeknik pada tahap yang lebih tinggi seiring gagasan Malaysia MADANI.

Hubungi Kami

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Galeria PjH Aras 4-7, Jalan P4W Persiaran Perdana Presint 462100 Putrajaya

Got Questions? Call us

Pelawat

Live visitors
3
4338658
Total Visitors
Tarikh akhir kemaskini : Jun 19, 2025 @ 12:24 pm