Welcome to POLYCC - TVET For All

Selamat Datang ke Portal Rasmi POLYCC

Pengenalan Reskilling and Upskilling Centre (RUC)

Pusat Reskilling dan Upskilling (RUC) di POLYCC merupakan sebuah inisiatif inovatif yang dirancang  untuk  memenuhi  keperluan  pembelajaran  dan  peningkatan  kemahiran  bagi golongan pekerja dewasa. Pusat ini bertujuan untuk menjalankan aktiviti yang berfokuskan industri  melalui  kolaborasi  strategik  dalam  pelbagai  bidang,  selaras  dengan  keperluan yang  digariskan  dalam  New  Industrial  Master  Plan  (NIMP)  2030,  National  Energy Transition Roadmap (NETR), Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) dan Rancangan Malaysia  Ketiga  Belas  (RMK13)  sekaligus  menyokong  gagasan  kerangka  Ekonomi MADANI.

Konsep utama RUC adalah untuk menyediakan platform pembelajaran yang membolehkan “working adults” meningkatkan kompetensi mereka, yang meliputi keahlian, pengetahuan, dan kebolehan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas atau pekerjaan dengan lebih efektif. Ini sejajar dengan matlamat untuk mencapai gaji progresif, di mana peningkatan kemahiran akan membawa kepada peningkatan produktiviti dan seterusnya kenaikan gaji yang bersesuaian.

Seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI, RUC bertekad menjadi pemangkin dalam transformasi tenaga kerja negara. Penawaran program-programnya yang responsif terhadap keperluan NIMP 2030, NETR serta keperluan semasa, RUC juga fokus pada pengembangan keterampilan masa depan yang relevan dengan keperluan industri 4.0, seperti kecerdasan buatan (AI) dan automasi. Melalui upaya Reskilling dan Upskilling yang berterusan, RUC berupaya menghasilkan bakat yang tidak hanya kompeten secara teknikal, tetapi juga memiliki soft skills yang diperlukan untuk beradaptasi dengan perubahan yang cepat dan kompleks kini.

Sila klik untuk panduan penuh Reskilling and Upskilling Centre (RUC) Edisi 2024.

Hubungi Kami

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Galeria PjH Aras 4-7, Jalan P4W Persiaran Perdana Presint 462100 Putrajaya

Got Questions? Call us

Pelawat

Live visitors
1
4338704
Total Visitors
Tarikh akhir kemaskini : Jun 23, 2025 @ 8:25 am