Welcome to POLYCC - TVET For All

Selamat Datang ke Portal Rasmi POLYCC

Pengenalan POLYCC

Politeknik merupakan institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) yang ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. Penubuhan politeknik adalah merujuk kepada seksyen 34 (1) (c) di bawah Bab 6 Institusi Pendidikan Lain. Secara khususnya, perihal pendidikan dan latihan di politeknik dirangkum dalam seksyen 35 hingga 39 dengan memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan di bawahnya bagi peraturan kurikulum, peperiksaan dan penganugerahan. Pendidikan Teknik dan Politeknik termasuklah penyediaan:

(a)  Latihan kemahiran;

(b)  Latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan tertentu;

(c)  Latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada; dan

(d)  Apa-apa latihan teknik atau vokasional lain yang diluluskan oleh menteri.

Penubuhan politeknik ini bertujuan untuk mengeluarkan tenaga kerja mahir di peringkat separa profesional dalam bidang teknik dan perdagangan. Selain itu, kekurangan ahli-ahli teknik yang berkelayakan untuk perusahaan-perusahaan serta kekurangan kakitangan yang berkelayakan bagi membantu urusan-urusan perniagaan juga menjadi pendorong kepada penubuhan politeknik.

Sejak penubuhan politeknik pertama, dasar-dasar Kerajaan telah mengukuhkan peranan politeknik dalam memenuhi permintaan tenaga kerja negara. Dasar-dasar pihak kementerian seperti Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia  (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 juga telah memperkukuhkan lagi peranan politeknik melahirkan graduan TVET berkualiti.

Hubungi Kami

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Galeria PjH Aras 4-7, Jalan P4W Persiaran Perdana Presint 462100 Putrajaya

Got Questions? Call us

Pelawat

Live visitors
2
4338723
Total Visitors
Tarikh akhir kemaskini : Jun 18, 2025 @ 2:28 pm